fbpx

Amaran hujan lebat di 7 negeri

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat membabitkan tujuh negeri hingga jam 5 petang ini.

METMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, amaran cuaca buruk itu diramal di Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Di Kedah membabitkan satu daerah iaitu Langkawi manakala di Perak daerah Kerian dan Larut, Matang dan Selama.

Di Pahang pula amaran dikeluarkan bagi daerah Cameron Highlands, Raub dan Bentong manakala di Selangor ialah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

“Amaran sama di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan membabitkan Jelebu manakala Sarawak membabitkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu) dan Miri (Telang Usan),” kata kenyataan itu.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts