fbpx

Piala Dunia: Qatar longgar sekatan COVID-19

TUAN rumah Piala Dunia Qatar membatalkan syarat untuk pelawat membuktikan ujian negatif COVID-19 sebelum berlepas ke negara teluk itu.

Selain itu Kementerian Kesihatannya turut memansuhkan syarat individu dewasa menunjukkan status COVID-19 mereka pada aplikasi telefon pintar yang dikendalikan kerajaan bernama Ehteraz sebelum memasuki stadium atau kedai dan restoran.

Bagaimanapun pelawat dan penduduk masih perlu mengemukakan aplikasi itu sebelum memasuki fasiliti kesihatan.

Dalam pada itu, penduduk Qatar tidak lagi perlu mengambil ujian COVID-19 dalam tempoh 24 jam selepas pulang ke negara itu dari luar negara.

Menurut Kementerian Kesihatan, Qatar melonggarkan sekatan kerana “jumlah kes COVID-19 terus menurun di seluruh dunia”.

Minggu lalu, Qatar melonggarkan peraturan pelitup muka dan kini hanya memerlukan pelitup muka untuk individu di fasiliti penjagaan kesihatan.

Sebelum ini, Qatar mewajibkan peminat yang berkunjung ke negara itu untuk menonton Piala Dunia, menunjukkan bukti ujian negatif COVID-19 tanpa mengira status vaksinasi mereka, sebelum berlepas melalui udara atau di lintasan sempadan.

Qatar menjangkakan 1.2 juta pelawat pada 20 November hingga Disember ini

Qatar, yang mempunyai populasi hampir 3 juta, telah merekodkan lebih 440,000 kes disahkan COVID-19 dan 692 kematian akibat virus itu.

Sumber: Astro AWANI

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts