fbpx

Seorang pemancing hilang, 2 selamat dihanyut arus ketika menyeberang sungai

SHAH ALAM: Aktiviti memancing tiga beranak di Sungai Gong, dekat Rawang malam tadi bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka hilang dibawa arus.

Mangsa, Muhammad Alif Fahmi Abdullah, 16, disedari hilang selepas hanyut ketika cuba menyeberangi sungai selepas memancing bersama dua ahli keluarga lain.

Dua lagi mangsa iaitu Che Azmi Che Hussin, 45 dan Mohammad Faiz Iqbar, 15, masing-masing bapa dan adik tiri Muhammad Alif, bagaimanapun diselamatkan pemancing lain.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.28 malam sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi.

Sebaik sampai, katanya dua mangsa sudah diselamatkan pemancing lain, manakala seorang lagi masih hilang akibat dihanyutkan arus deras.

“Berdasarkan maklumat, kejadian itu berlaku arus sungai deras dan hujan juga dilaporkan renyai.

“Dua mangsa yang diselamatkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kami mengaktifkan Pusat Kawalan Bomba (PKB) di lokasi terbabit untuk memudahkan operasi,” katanya.

Sehingga kini, beliau berkata operasi mencari dan menyelamat dilakukan menggunakan kaedah pencarian di permukaan air dengan dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

“Siasatan juga mendapati kelebaran sungai adalah 12 meter dengan anggaran kedalaman air menghampiri dua meter,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts