fbpx

Twitter caj AS$8 sebulan untuk pengesahan akaun

San Francisco: Pemilik baharu Twitter, Elon Musl berkata, platform media sosial itu akan mengenakan caj AS$8 (kira-kira RM38) sebulan untuk pengesahan akaun pengguna.

Bayaran itu dikenakan dengan alasan untuk menaikkan semula ‘sistem pemilikan semasa’ dan mewujudkan aliran pendapatan baharu untuk syarikat.

Pengumuman itu dibuat hanya selepas beberapa hari lelaki terkaya di dunia itu mengambil alih sepenuhnya gergasi media sosial itu dalam perjanjian bernilai AS$44 bilion (kira-kira RM208.4 bilion).

“Kuasa kepada rakyat! Biru (merujuk warna rasmi Twitter) untuk A$8 sebulan,” katanya menerusi ciapan.

Bayaran itu juga akan kenakan bagi merujuk tanda pengesahan biru di platform yang menandakan akaun yang sudah disahkan.

Harga pelan baharu itu akan diselaraskan berdasarkan kepada kekuatan kuasa beli dalam kalangan pelanggan platform berkenaan bagi sesebuah negara.

Dalam ciapan tambahannya, Musk menambah Twitter akan memberi keutamaan dalam membalas dan mencari ciapan yang dianggap penting untuk mengelak daripada berlakunya penipuan.

“Kebolehan ciapan video juga akan diperluas, dengan iklan yang diminimumkan selain kemungkinan untuk pengguna mendapatkan pintasan pautan berbayar bagi penerbit yang bersedia bekerjasama dengan kami,” katanya.

Katanya, bayaran itu juga memberi hasil pendapatan penstriman kepada Twitter yang akan dihadiahkan kepada pencipta kandungan.

Selain menawarkan keistimewaan pengesahan, program baharu itu akan mengambil alih fungsi sedia ada Twitter yang kini tersedia pada harga AS$5 (kira-kira RM24) sebulan membolehkan pengguna menyunting ciapan mereka.

Ketua SpaceX dan Tesla itu berkongsi idea yuran langganan lebih awal lagi ketika membalas ciapan penulis Stephen King yang mengadu mengenai laporan perkhidmatan pengesahan itu akan menelan kos AS$20 (kira-kira RM95) sebulan.

“Kita juga perlu membayar bil. Twitter tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada pengiklan. Bagaimana dengan $8? (kira-kira RM38),” tulisnya.

Cadangan itu antara cadangan yang dikemukakan ahli perniagaan berusia 51 tahun itu selain beberapa pembaharuan lain termasuk menyingkirkan Ketua Pegawai Eksekutif Twitter Parag Agrawal, minggu lalu.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts