fbpx

Ferrari Schumacher dijual pada harga RM69.7 juta

ANKARA – Kereta Ferrari F2003-GA milik juara dunia Formula 1 tujuh kali Michael Schumacher dijual pada harga AS$14.8 juta (RM69.7 juta) dalam satu lelongan di Geneva pada Rabu.

“Dari Juara Dunia kepada pemegang rekod dunia, kereta Ferrari F2003-GA yang paling berjaya kini merupakan kereta F1 moden paling bernilai tinggi dalam sejarah.

“Kereta yang dipandu Michael Schumacher dalam perjalanan mengejar gelaran keenamnya telah dijual pada harga CHF (Franc Swiss) 14,630,000 (AS$14,873,327) pada Luxury Week Sotheby’s di Geneva,” lapor Anadolu Agency memetik RM Sotheby’s, sebuah syarikat lelongan kereta klasik yang beribu pejabat di Blenheim, Ontario, Kanada di Twitter.

Schumacher dari Jerman, 53, masih dalam proses pemulihan sejak mengalami kecederaan kepala dalam kemalangan ski pada Disember 2013.

Beliau diletakan dalam keadaan koma selama beberapa bulan selepas kemalangan itu. Keluarganya dibenarkan memindahkannya pulang pada September 2014.

Sumber: Sinar Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews