fbpx

Amaran ribut petir di Perak, Terengganu, Pahang dan Selangor – MetMalaysia

Foto: Kosmo Online

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran mengenai ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Perak, Terengganu, Pahang dan Selangor sehingga 1 petang hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Manjung dan Bagan Datuk (Perak) diikuti Dungun dan Kemaman (Terengganu).

Keadaan sama dijangka melanda Jerantut dan Kuantan (Pahang) serta Sabak Bernam dan Kuala Selangor (Selangor).

Sumber: Astro Awani

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts