fbpx

Tol percuma 20, 21 Januari sempena Tahun Baharu Cina – PM

Picture by Farhan Najib

PUTRAJAYA: Perdana Menteri hari ini mengumumkan tol percuma kepada semua kelas kenderaan sempena Tahun Baharu Cina.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata tol percuma itu boleh dinikmati pengguna lebuh raya di seluruh negara pada 20 dan 21 Januari ini.

“(Ada) berita baik (untuk Tahun Baharu Cina). Untuk itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi) dan Menteri Pengangkutan (Datuk Seri Anthony Loke) sudah mengambil inisiatif berbincang dengan syarikat konsesi dan setuju supaya ditiadakan tol bagi 20 dan 21 Januari.

“Ia untuk memudahkan kerana ramai rakyat yang akan pulang ke kampung bukan saja (masyarakat) Cina tetapi juga Melayu, India dan yang lain,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet, di Bangunan Perdana Putra, hari ini.

Beliau berkata, langkah itu memberi implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM40 juta.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts