fbpx

Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kejuruteraan MBSA didakwa terima kenderaan mewah

SHAH ALAM: Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kejuruteraan, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas dakwaan menerima sebuah kenderaan mewah, enam tahun lalu.

Tertuduh, Feroz Hanif Mohamed Ahmad, 47, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca terhadapnya di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut kertas pertuduhan, Feroz Hanif sebagai seorang penjawat awam, didakwa menerima untuk dirinya suatu harta berharga tanpa balasan iaitu sebuah kenderaan Toyota Vellfire 2.5 bernilai RM325,000 daripada pengurus sebuah syarikat, untuk perkara berkaitan dengan tugas rasminya sebagai Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Kejuruteraan MBSA.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts