fbpx

KWSP dijangka umum dividen hujung minggu ini

Foto oleh Hari Anggara

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan agihan dividen 2022 pada hujung minggu ini.

Sebagai rekod, KWSP telah mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.10 peratus untuk Simpanan Konvensional bagi 2021 dengan jumlah agihan sebanyak RM50.45 bilion, manakala 5.65 peratus untuk Simpanan Shariah dengan jumlah agihan RM6.27 bilion.

Ini menjadikan jumlah agihan terkumpul untuk 2021 sebanyak RM56.72 bilion.

Ia lebih tinggi berbanding 2020, yang mana dividen bagi Simpanan Konvensional sebanyak 5.20 peratus dan 4.90 peratus untuk Simpanan Syariah.

Sehingga suku keempat 2022, KWSP mempunyai 15 juta ahli di mana lapan juta adalah pencarum aktif.

Beberapa penganalisis sebelum ini menjangkakan dividen bagi 2022 adalah lebih rendah berbanding tahun 2021, namun kekal kompetitif berdasarkan situasi pasaran pelaburan amat mencabar tahun lalu.

Pengurus dana persaraan itu diramalkan berdepan kesukaran untuk memberikan kadar dividen yang tinggi berikutan saiz dana yang semakin mengecil disebabkan oleh beberapa siri pengeluaran khas ketika pandemik COVID-19.

KWSP merekodkan jumlah pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM39.31 bilion bagi sembilan bulan berakhir 30 September 2022, merosot 18 peratus atau RM8.71 bilion, berbanding RM48.02 bilion dicatatkan dalam tempoh yang sama pada 2021.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts