fbpx

Polis siasat dakwaan pegawai Imigresen dicederakan ketika jalani ujian kecergasan

IPOH: Polis sedang menyiasat laporan seorang pegawai imigresen yang mendakwa dicederakan semasa menjalani ujian kecergasan pegawai dan anggota Pasukan Taktikal Khas (PASTAK) di Depot Imigresen Sementara, Bidor.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada pegawai berkenaan pada kira-kira jam 2 pagi Jumaat lalu.

Beliau berkata kejadian dikatakan berlaku pada jam 9.30 pagi 9 Mac lalu iaitu hari terakhir ujian, apabila pengadu bersama dua pelatih diarah oleh seseorang yang dipercayai pegawai kanan jabatan berkenaan untuk melakukan hukuman tekan tubi sebanyak 20 kali.

“Suspek dikatakan memijak bahagian belakang leher pengadu sehingga tersungkur dan mengalami kecederaan di hidung, patah sebatang gigi hadapan, luka bahagian gusi dan bibir,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Yusri berkata pengadu telah mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam, Selangor, dan polis telah memanggil suspek serta semua yang terlibat dalam kejadian itu bagi membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts