SERDANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tambang percuma bagi perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) untuk Laluan Putrajaya.
Menurutnya, tambang percuma itu melibatkan semua 36 stesen dalam laluan itu dari Stesen Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral.
Tambah Perdana Menteri, tawaran itu berkuat kuasa jam 3 petang hari ini (16 Mac) hingga 31 Mac 2023.
Berita lanjut menyusul
Sumber: Astro AWANI