fbpx

Sky Suite Airport Lounge tarikan baharu KLIA Terminal 2

Foto: Utusan

SEPANG- Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) hari ini melancarkan pembukaan Sky Suite Airport Lounge, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2.

Pengerusi Malaysia Airports, Tan Sri Zainun Ali berkata, ruang menunggu beroperasi secara rasmi esok itu merupakan ‘pit-stop’ sempurna untuk penumpang domestik dan antarabangsa beristirehat sebelum penerbangan berlepas.

“Pembukaan Sky Suite Airport Lounge di KLIA Terminal 2 ini merupakan satu lagi peristiwa penting bagi Malaysia Airports sebagai menandakan pemulihan sektor penerbangan dan pelancongan di negara ini.

“Sebagai syarikat pengendali yang menguruskan 39 buah lapangan terbang di Malaysia, kami melihat tanda-tanda pertumbuhan penumpang yang sihat serta yakin untuk menyaksikan pergerakan penumpang domestik dan antarabangsa, malah melepasi tahap pra pandemik tidak lama lagi,” katanya ketika berucap pada majlis pembukaan Sky Suite Airport Lounge di KLIA Terminal 2, di sini hari ini.

Beliau berkata, terdapat pelbagai kemudahan yang selesa tersedia di ruang menunggu berkenaan termasuk kerusi urut, hidangan ringan percuma, club-style bar, Wi-Fi berkelajuan tinggi, saluran TV satelit, tandas peribadi dan surau serta bilik VIP yang boleh digunakan untuk mesyuarat peribadi.

Tambahnya, lounge tersebut juga sesuai untuk pengembara yang mempunyai jadual padat kerana terdapat ruang pengecasan gajet yang disediakan untuk mereka menyelesaikan kerja sementara menunggu waktu penerbangan.

Sky Suite Airport Lounge yang terletak di aras tiga KLIA Terminal 2 itu beroperasi 24 jam untuk para pengembara.

Sumber: Kosmo

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts