fbpx

Tradisi wakaf perlu disemarakkan – Perdana Menteri

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan rombongan kerajaan Malaysia menunaikan ibadah umrah di Masjidil Haram, Mekah, 22 Mac 2023. - SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission. MANDATORY CREDIT - SADI

KUALA LUMPUR: Usaha membangunkan wakaf perlu disemarakkan bagi menggalakkan masyarakat, khususnya syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat swasta meneruskan tradisi Islam itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata seiring dengan tujuan itu, hala tuju baharu bagi pembangunan wakaf di negara ini perlu dikenal pasti.

“Inisiatif Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (melalui Bulan Wakaf Kebangsaan 2023) untuk terus semarakkan aktiviti wakaf dan ini sebagai ikhtiar dan kebijakan dalam menggalakkan umat sama ada individu, persatuan, syarikat, GLC dan GLIC untuk melihat ia sebagai satu tradisi yang mesti dihidupkan.

“Mereka boleh memilih untuk menetapkan kaedah dan keutamaan dalam bidang tertentu,” katanya dalam rakaman awal ucapan bersempena Pelancaran Bulan Wakaf Kebangsaan Tahun 2023 yang disiarkan secara langsung di rancangan Assalamualaikum di TV Al Hijrah, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JAKIM, Ruslan Said, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Hajid (JAWHAR), Datuk Selamat Paigo dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia, Abdul Halim Mat Yusop.

Anwar berkata, komitmen kerajaan bagi membangunkan wakaf akan dilaksanakan secara lebih terancang melalui Wakaf Madani.

“Dalam Belanjawan negara baru-baru ini, saya umumkan umpamanya pembentukan Wakaf Madani bermula dengan RM1 bilion (aset) atau usaha swasta.

“Insya Allah dalam masa terdekat kita boleh hubungkan secara lebih terencana apakah maksud Wakaf Madani ini dan langkah harus dilakukan utk memajukan kegiatan wakaf secara keseluruhan,” katanya.

Beliau turut memberitahu, kerajaan akan melaksanakan kajian dan penelitian khusus membabitkan badan wakaf dan tanah wakaf sedia ada, bagi tujuan pembangunan.

Tambahnya, tradisi wakaf yang dimulakan sejak zaman Rasulullah SAW perlu diperluas dan Malaysia sepatutnya tidak ketinggalan dalam usaha itu.

“Wakaf ini telah menjadi tradisi umat sejak zaman Rasulullah SAW apabila Baginda mewakafkan kebun kurma di Madinah dan kemudian melancarkan Masjid Quba.

“Tradisi ini diteruskan, kita lihat umpamanya pembinaan wakaf itu melahirkan bukan sahaja masjid tetapi pusat pengajian, universiti utama dunia Islam termasuk Universiti Al Azhar, itu adalah usaha wakaf,” katanya.

Malah, katanya, wakaf di era moden pasca merdeka semakin rancak, sebagaimana di Indonesia, usaha itu berhasil melahirkan ratusan universiti, maahad tahfiz yang kebanyakannya diusahakan organisasi dakwah sepertiNahdatul Ulama (NU) dan Muhammadiyah,

Pada acara sama, Ruslan turut menyerahkan naskhah dalam tulisan Braille, bertajuk ‘Jom Berwakaf! terbitan JAWHAR kepada wakil Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam (PERTIS), Zamzuri Ghani.

Sambutan Bulan Wakaf Kebangsaan 2023 anjuran JAWHAR dan Yayasan Waqaf Malaysia diadakan sepanjang bulan Ramadan sejak 2021 dan bagi tahun ini, tema yang diangkat adalah ‘Wakaf Membangun Malaysia Madani’.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts