fbpx

Polis tahan lelaki bawa 560 kg daun ketum

Jeli: Polis menahan seorang lelaki dan merampas 560 kilogram (kg) daun ketum selepas mengejar sebuah kereta sejauh kira-kira 15 kilometer di tepi jalan Kampung Pasir Dusun, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Jeli Superintendan Saari Yaacob berkata, penganggur berusia 25 tahun itu ditahan pada 10.30 pagi selepas anggota polis mengesan gelagatnya dilihat mencurigakan ketika membuat rondaan Op Tapis.

Menurutnya, anggota polis kemudian memperkenalkan diri dan mengarahkan suspek berhenti di bahu jalan, namun dia terus memecut laju kenderaannya.

Katanya, apabila berjaya ditahan, pemeriksaan di tempat duduk belakang dan but belakang kereta itu membawa kepada penemuan 56 bungkusan plastik hitam disyaki daun ketum seberat 560 kg bernilai kira-kira RM5,680, serta 1,000 milliliter (ml) air ketum dan 100ml ubat batuk.

“Suspek yang memiliki dua rekod lampau termasuk satu berkaitan daun ketum, didapati mengambil upah membawa bahan terlarang itu yang diperoleh dari Sik, Kedah untuk dipasarkan di Tanah Merah.

“Suspek yang positif dadah jenis methamphetamine kini direman empat hari bermula Khamis lalu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli, di sini, hari ini.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts