fbpx

Agihan bayaran Fasa 2 STR pada 5 April ini

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan disalurkan kepada penerima mulai 5 April ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan, berkata sejumlah RM1.26 bilion diperuntukkan untuk agihan menerusi Fasa 2 STR.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri di Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 Dewan Negara, semalam.

Sebelum ini, media melaporkan, setakat hari 28 Mac lalu terdapat tambahan sebanyak 574,886 permohonan baharu yang diterima bagi inisiatif STR.

Pembayaran fasa pertama STR sudah dilaksanakan pada 17 Januari lalu membabitkan seramai 8.7 juta penerima dan pembayaran berjumlah RM1.67 bilion.

Manakala pembayaran fasa ketiga akan dilakukan pada Ogos atau selewat-lewatnya Oktober ini.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts