fbpx

Harga sayur menurun sehingga 60 peratus, bekalan stabil menjelang Aidilfitri

KOTA BHARU: Harga sayur di pasaran seluruh negara menurun antara 30 hingga 60 peratus sejak sebulan lalu, berikutan cuaca baik yang menyebabkan pengeluarannya meningkat.

Mengikut maklumat Persatuan Sayur Lojing, antara sayuran yang menunjukkan penurunan harga ialah sawi yang dijual RM3.50 sekilogram daripada RM7, bayam RM6 sekilogram daripada RM10 dan kacang panjang pula RM7.50 sekilogram daripada RM17.

Selain itu, harga cili juga turun kepada RM10 sekilogram daripada RM18; tomato RM7.50 sekilogram (RM12), terung RM5 sekilogram (RM8) dan bendi RM12 sekilogram (RM16).

Timbalan Pengerusi Persatuan Sayur Lojing, Yusof Abdul Rahman, berkata pengeluaran sayur meningkat berikutan cuaca baik.

“Harga sayur selain bergantung kepada musim, ia bergantung kepada cuaca. Jika cuaca baik, makan pengeluaran sayur pun meningkat menyebabkan harga sayur tidak mahal.

“Jika cuaca hujan, pengeluaran bekalan sayur berkurangan, itu menyebabkan berlaku peningkatan harga.

“Alhamdulillah sejak akhir bulan lalu harga sayur kembali menurun disebabkan cuaca baik,” katanya ketika ditemui.

Beliau turut memaklumkan bekalan sayur menjelang Aidilfitri juga mencukupi selain harga yang stabil berdasarkan cuaca baik sejak bulan lalu.

“Jika meningkat pun mungkin sayur tertentu sahaja yang mendapat permintaan tinggi, bukannya semua jenis sayur.

“Dalam keadaan sekarang, kesemua pengeluaran sayur sama ada di tanah tinggi dan rendah berfungsi dan pengeluaran agak banyak.

“Justeru kita jangka tidak berlaku masalah bekalan sayur berkurangan selain peningkatan harga yang ketara pada Aidilfitri ini,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts