fbpx

Kerajaan iktiraf hak untuk kesihatan sebagai hak asasi manusia – PM

PUTRAJAYA: Kerajaan mengiktiraf hak untuk kesihatan sebagai hak asasi manusia yang penting bagi mencapai kehidupan yang bermaruah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, yang jelas, hak untuk kesihatan seharusnya dinikmati oleh setiap orang secara saksama tanpa mengira status atau sebarang perbezaan dan diskriminasi.

Kenyataan itu dikeluarkan beliau bersempena Hari Kesihatan Sedunia pada hari ini yang turut diraikan Malaysia bersama masyarakat antarabangsa.

Jelas Anwar, tema yang dipilih pada tahun ini iaitu “Kesihatan Untuk Semua” adalah selaras dengan nilai dan prinsip Malaysia Madani.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun turut berikrar, pentadbirannya akan terus komited memacu pelaksanaan agenda kesihatan untuk semua.

Kata beliau, perkongsian serta kerjasama erat antara kerajaan dan badan dunia seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sejak 65 tahun lalu akan terus diperkasa.

“Ini termasuk mempromos kesihatan, memelihara kesejahteraan serta memberi perkhidmatan kepada golongan rentan agar seluruh masyarakat boleh mencapai tahap kesihatan dan kesejahteraan tertinggi,” kata Perdana Menteri lagi dalam kenyataan yang dikongsi di akaun Twitter rasmi beliau hari ini.

Sumber: Astro Awani

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews