fbpx

Beberapa stesen LRT, MRT, Monorel lanjut operasi hingga 1.30 pagi

Mass Rapid Transit Line 3 (MRT3) is expected to open in 2028. - — Picture by Yusof Mat Isa

KUALA LUMPUR: Tempoh operasi beberapa stesen tren di Lembah Klang akan dilanjutkan sehingga jam 1.30 pagi pada Sabtu ini sempena sambutan Aidilfitri.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan berkata ia bagi memenuhi keperluan warga kota yang ingin membuat persiapan akhir untuk menyambut Aidilfitri.

Katanya, stesen LRT, MRT dan Monorel yang akan dilanjutkan perkhidmatan ialah LRT Laluan Kelana Jaya membabitkan stesen Masjid Jamek dan KLCC; LRT Laluan Ampang / Sri Petaling di Masjid Jamek; MRT Laluan Kajang, stesen Bukit Bintang dan Laluan Monorel pula stesen Bukit Bintang, Raja Chulan, medan Tunku dan Chow Kit.

“Stesen-stesen sambungan akan turut dilanjutkan bagi membawa penumpang ke destinasi akhir.

“Manakala stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa, tetapi penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan.

“Penumpang juga diminta menggunakan kad Touch ‘N Go atau membeli token perjalanan pulang lebih awal untuk memudahkan perjalanan dan wajib memakai pelitup muka ketika menggunakan pengangkutan awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan penutupan enam stesen LRT Laluan Ampang/Sri Petaling, perkhidmatan bas perantara LRT 11 juga turut dilanjutkan sehingga jam 1.30 pagi bagi membolehkan pengguna mengakses ke stesen-stesen berkenaan.

Dalam pada itu, warga kota juga disaran menggunakan pengangkutan awam pada hujung minggu ini bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di pusat bandar.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengikuti Twitter dan Facebook MyRapidKL atau melayari laman web: www.myrapid.com.my.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts