fbpx

Petaling Jaya, Seremban IPU tak sihat setakat 10 pagi

KUALA LUMPUR: Dua lokasi iaitu Petaling Jaya, Selangor, dan Seremban, Negeri Sembilan mencatat indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat, setakat jam 10 pagi tadi.

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Petaling Jaya dan Banting yang merekodkan bacaan pada tahap sederhana semalam, turun kepada IPU tidak sihat bermula jam 3 dan 4 pagi tadi.

Pada jam 3 pagi tadi, bacaan IPU di Petaling Jaya adalah 113 dan turun kepada 108 manakala di Banting, bacaan IPU pada jam 4 pagi adalah 103 dan turun kepada tahap sederhana iaitu 96, enam jam kemudian.

Selain itu, IPU di Nilai turun IPU pada jam 5 pagi daripada 112 kepada IPU 98.

IPU di Seremban mula mencatatkan IPU tidak sihat pada jam 10 semalam, dengan bacaan 110 dan meningkat kepada IPU 151 pada jam 10 pagi tadi.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 adalah dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Sementara itu, 64 lokasi lain seperti Johan Setia, Selangor, mencatatkan bacaan sederhana dengan IPU 92 diikuti Putrajaya, Wilayah Putrajaya (89), dan Shah Alam, Selangor (88).

Tujuh lokasi merekodkan bacaan IPU tahap baik pagi ini iaitu Pengerang dan Kota Tinggi, Johor masing-masing dengan bacaan 48 dan 38 manakala di Sandakan dan Kimanis, Sabah dengan bacaan 47 dan 37 diikuti Limbang (44), Miri (39) dan Sibu (47) di Sarawak.

Terdahulu, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (KeTSA), memaklumkan akan memantau keadaan semasa dan mengambil langkah sewajarnya bagi menghadapi kemungkinan akibat jerebu.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts