fbpx

PH, BN didakwa cuai selesaikan isu bekalan air Kedah

Foto oleh Yusof Mat Isa

ALOR SETAR: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang pernah menjadi kerajaan di Kedah didakwa cuai serta lalai dalam menyelesaikan masalah air sehingga menyebabkan rakyat menerima kesannya ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air, Pengairan dan Saliran serta Tenaga negeri, Mohamad Yusoff@Munir Zakaria, berkata PH dan BN bukan saja gagal membantu rakyat ketika mentadbir Kedah, malah mempersalahkan pula kerajaan negeri ketika ini yang ditadbir Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang berusaha menyelesaikan isu air.

“Hakikatnya rakyat Kedah nampak secara jelas komitmen kerajaan Perikatan Nasional (PN) Kedah pimpinan Muhammad Sanusi yang berusaha menyelesaikan isu bekalan air ini.

“Rakyat dapat melihat hampir di seluruh daerah di negeri projek penggantian paip giat dilakukan supaya bekalan air tidak terjejas pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

“Musim perayaan menyebabkan gangguan bekalan air di Kedah menjadi lebih buruk, jadi SADA melaksanakan Pelan Kontingensi bagi menghadapi isu ini secara menyeluruh.

“Keadaan tidak seteruk seperti digambarkan sesetengah pihak. Keadaan masih terkawal dan dapat ditangani dengan baik pihak SADA yang menghantar lori tangki ke kawasan terjejas,” katanya.

Berikutan itu, beliau meminta kerjasama semua pihak terutama rakyat Kedah menggunakan air secara berhemah dan melakukan persediaan awal dengan menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi situasi luar jangka.

Katanya, SADA juga sedang melaksanakan pembinaan rumah pam dan tangki sedutan bagi meningkatkan kapasiti loji untuk mengatasi masalah tekanan air rendah di kawasan tinggi dan di penghujung sistem agihan.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts