fbpx

Agong, Raja Permaisuri hadiri istiadat pertabalan Raja Charles

Foto: BERNAMA

Putrajaya: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengadakan lawatan khas ke London, United Kingdom (UK) bermula hari ini hingga 14 Mei.

Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), lawatan khas itu atas undangan Raja Charles III sempena Istiadat Pertabalan di Westminster Abbey pada 6 Mei.

“Seri Paduka berdua juga berkenan untuk menghadiri Majlis Resepsi dihoskan oleh Raja Charles III di Istana Buckingham pada 5 Mei,” menurut kenyataan Wisma Putra hari ini.

Lawatan khas itu amat signifikan dalam konteks menyatukan hubungan sedia ada dan akrab yang dikongsi di antara Malaysia dan UK, terutamanya di antara institusi diraja kedua-dua negara serta ikatan dalam Komanwel.

Menurut kenyataan itu, lawatan khas berkenaan turut menzahirkan kepentingan hubungan erat di antara kedua-dua negara bekerjasama dalam pelbagai bidang yang disokong di peringkat pemerintahan tertinggi negara.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews