fbpx

Perak rancang wujudkan pasukan petugas tangani jenayah penipuan dalam talian

A total 51,631 online fraud cases were reported from 2019 to 2021, said Jonathan. — AFP pic

KAMPAR: Perak merancang untuk membentuk satu pasukan petugas khas bagi menangani jenayah penipuan dalam talian dalam negeri tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak, Mohd Azlan Helmi berkata, pasukan petugas itu akan melibatkan beberapa agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Jabatan Penerangan dan lain-lain.

Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan awal bersama agensi berkenaan untuk mengenal pasti kaedah atau pendekatan yang boleh diambil bagi memastikan jenayah penipuan dalam talian dapat dibendung.

“Perkara ini perlu dipandang serius kerana ia sering memangsakan orang awam dari pelbagai lapisan masyarakat dan melibatkan kerugian hingga jutaan ringgit,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah di sini, malam tadi.

Pada 12 April lepas, media melaporkan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, 564 kes penipuan dalam talian direkodkan di Perak dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini yang membabitkan kerugian bernilai RM14.6 juta.

Sementara itu, Mohd Azlan berkata, pihaknya juga dalam usaha merangka satu sesi penerangan secara besar-besaran untuk memberi kefahaman kepada masyarakat supaya sentiasa peka dengan jenayah penipuan dalam talian ini.

“Saya percaya jika usaha ini dapat dilakukan secara berterusan, maka kita akan dapat meminimumkan jumlah kes penipuan ini daripada terus berlaku,” katanya.

Sumber: Astro Awani

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts