fbpx

Saman fitnah Sultanah Terengganu: 25 Jun hadapan sebutan semula kes

Clare Rewcastle Brown. -AFP pic

Kuala Terengganu: Mahkamah Majistret di sini, hari ini menetapkan 25 Jun hadapan untuk sebutan semula kes Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown yang didakwa memfitnah Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.

Majistret Noor Mazrinie Mahmood menetapkan tarikh itu selepas sebutan kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Amalina Najwa Mohd Ali.

Dalam prosiding itu, Rewcastle-Brown, 64, tidak hadir ke mahkamah.

Sebelum ini, Rewcastle-Brown berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah melalui buku The Sarawak Report-The Inside Story of the 1MDB Expose.

Sultanah Nur Zahirah sebelum ini memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown berhubung fitnah dalam buku berkenaan dan menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta.

Sultanah Nur Zahirah yang memfailkan saman pada 21 November 2018 mendakwa kenyataan berbaur fitnah itu antara lain bermaksud baginda terbabit dalam amalan rasuah serta mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Terengganu.

Kenyataan itu juga mengatakan baginda menggunakan status untuk mempengaruhi penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudiannya dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sultanah Nur Zahirah juga mendakwa kenyataan itu membawa maksud baginda membantu ahli perniagaan dalam buruan Jho Low atau Low Taek Jho menjadi Penasihat TIA.

Rewcastle-Brown yang berasal dari United Kingdom didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu tanpa kehadirannya pada 23 September 2021.

Bagaimanapun, Rewcastle-Brown membuat pemohonan untuk memindahkan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts