fbpx

Malaysia Airports kumpul derma untuk Palestin, sasar RM5 juta

SEPANG: Malaysia Airports menyasar mengumpul dana sebanyak RM5 juta untuk disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP).

Pengerusinya, Tan Sri Zainun Ali, berkata inisiatif yang menyaksikan Malaysia Airports mengetuai komuniti lapangan terbang dalam melaksanakan kutipan itu adalah bagi menyahut seruan kerajaan dalam menyatakan solidariti terhadap rakyat Palestin.

“Selain sasaran RM5 juta, anak syarikat, Malaysia Airports (Niaga) Sdn Bhd (Eraman) dan rakan kongsi, selain penyewa komersial yang beroperasi di lapangan terbangnya untuk menyumbang kepada dana itu.

“Kempen pungutan dana secara dalaman itu juga diadakan bagi menggalakkan kakitangan kami membuat sumbangan peribadi yang disasarkan boleh mencapai RM1 juta,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Pertempuran terkini di Palestin membabitkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Oktober lalu mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa kedua-dua pihak.

Israel turut bertindak mengumumkan sekatan penuh, termasuk menyekat akses terhadap makanan, air, bahan api dan elektrik ke Gaza.

Pada masa sama, Zainun berkata, sebagai pengendali lapangan terbang utama di negara ini, Malaysia Airports akan memimpin rakan kongsi perniagaan untuk menghasilkan impak.

“Kami berbangga mendapat sokongan anak syarikat kami iaitu Malaysia Airports (Niaga) Sdn Bhd (Eraman), yang meningkatkan dana kepada RM100,000.

“Penghargaan yang tulus juga kami diucapkan kepada rakan kongsi komersial, selain kakitangan yang akan menyertai kami dalam usaha bagi menyatakan rasa belas kasihan dan bantuan yang amat diperlukan kepada rakyat Palestin pada masa mereka memerlukan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews