fbpx

Sony buang 900 kakitangan PlayStation seluruh dunia

September 1, 2022. REUTERS/Dado Ruvic/Illustration/File Photo

SONY mengumumkan akan membuang 900 tenaga kerja yang bersamaan dengan 8% keseluruhan tenaga kerja Sony Interactive Entertainment.

Antara yang paling teruk terkesan ialah kakitangan PlayStation Studio London yang akan ditutup sepenuhnya dan pengurangan kakitangan studio Firesprite.

Kedua-dua studio terlibat dalam pembangunan permainan realiti maya PS VR2.

Turut terkesan ialah kakitangan studio Insomniac Games, Naughty Dog, Guerrilla Games serta pelbagai lagi studio PlayStation di seluruh dunia Ketua PlayStation Jim Ryan mengatakan langkah pengurangan tenaga kerja diambil bagi memastikan kemampanan jangka panjang syarikat dan menyampaikan pengalaman terbaik untuk komuniti PlayStation.

Dalam laporan kewangan terkini Sony baru-baru ini, jualan PlayStation 5 tidak mencapai sasaran 25 juta yang ditetapkan dengan konsol ini dikatakan kini di peringkat akhir kitaran hayat selepas empat tahun dilancarkan.

Walaupun berjaya mengalahkan Xbox dalam perang konsol generasi semasa, PlayStation masih tidak mampu menongkah arus cabaran ekonomi yang melanda industri teknologi pasca pandemik.

Sumber: Astro Awani

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews