fbpx

Polis rakam keterangan 8 individu termasuk pengasas KK Super Mart

PDRM's logo (photo for archive ) AZHAR MAHFOF/The Star

Kuala Lumpur: Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Super Mart, Datuk Seri Dr KK Chai antara lapan individu yang dirakam keterangan oleh polis semalam, bagi siasatan berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman memaklumkan, keterangan semua individu berkenaan diambil pada 12.30 tengah hari semalam, manakala 80 laporan diterima dari seluruh negara berkait isu itu setakat 12 tengah hari tadi.

“Siasatan masih di peringkat awal dan pihak Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) akan mengenal pasti proses perolehan dan lain-lain yang bersangkutan bagi mengenal pasti pelaku-pelaku yang terbabit.

“Siasatan adalah secara menyeluruh ke atas fakta berkait isu penjualan stoking tertulis kalimah Allah di kedai serbaneka KK Super Mart,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut JSJ Bukit Aman, dapatan akhir akan dimuktamadkan selepas siasatan pelbagai aspek, namun setakat ini siasatan awal mendapati vendor yang terlibat beroperasi di Batu Pahat.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim murka serta menzahirkan perasaan dukacita berhubung isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah di rangkaian kedai serbaneka.

Seri Paduka Baginda bertitah, mahu tindakan sekeras-kerasnya diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah dalam isu itu berdasarkan siasatan pihak berkuasa.

Pada 13 Mac lalu, tular dalam media sosial isu stoking tertera kalimah Allah dijual di sebuah cawangan KK Super Mart selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

Susulan itu, pengurusan KK Super Mart diketuai KK Chai memohon maaf secara terbuka dan menghentikan penjualan stoking itu serta-merta.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews