fbpx

Lelaki didakwa cederakan rakan sekampung guna parang

© Jeremy Jensen Photography

Kuala Terengganu: Lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didakwa mencederakan rakan sekampungnya sehingga menyebabkannya putus jari manis kiri selain hampir putus telinga kiri.

Tertuduh, Muhammad Hafiz Izzuddin Yusof,26 , membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas seorang lelaki yang ketika kejadian berusia 35 tahun menggunakan sebilah parang.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di rumah di Gong Kijang di sini, 8 malam 11 Disember 2023.

Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK) berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 24 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mahkamah turut membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanin Ayim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts