fbpx

265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas

KUALA LUMPUR, Oct 14 - Minister of Tourism, Arts and Culture Datuk Seri Nancy Shukri during the Dewan Negara Conference at the Parliament Building today. --BERNAMA photo

KUALA LUMPUR: Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata jumlah itu terdiri daripada 221 taska yang disediakan oleh sektor awam, manakala 44 taska lagi di sektor swasta.

“Kementerian sentiasa menyokong usaha agar pihak majikan menyediakan taska di tempat kerja, ia merupakan satu daripada sistem sokongan kepada ibu bapa agar dapat bekerja dengan lebih komited serta menghasilkan mutu perkhidmatan dengan lebih baik seterusnya meningkatkan produktiviti dalam perkhidmatan mereka.

“Mana-mana agensi kerajaan dan swasta yang ingin menubuhkan taska boleh berhubung dengan JKM untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai proses dan prosedur yang ingin dilakukan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Nancy berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Siti Mastura Muhammad (PN- Kepala Batas) yang ingin tahu mengenai perancangan membuka taman asuhan kanak-kanak di bangunan kerajaan terutamanya di kawasan Parlimen berkenaan.

Sementara itu, ketika menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) mengenai usaha kerajaan menangani isu dera dan kematian melibatkan kanak-kanak di taska, Nancy berkata antara lain ialah menasihati pengendali premis mendaftar dengan JKM berhampiran.

“Kita juga ada prosedur operasi standard (SOP) yang sering ditambah baik dan SOP ini bukan untuk menyusahkan pengendali taska tetapi membantu mereka, selain itu kita pastikan ada kamera litar tertutup (CCTV) untuk bantu mengawasi apa yang berlaku bagi menjamin keselamatan,” katanya.

Nancy juga mengulangi bahawa pihak kementerian bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyemak latar belakang pengasuh sama ada pernah terlibat dengan kes jenayah atau tidak bagi memastikan hanya yang layak diambil mengasuh kanak-kanak.

Sumber: Astro Awani

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews