fbpx

Empat hari api tak padam

Kota Kinabalu: Sudah empat hari terbakar namun api di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini, masih gagal dipadamkan sepenuhnya.

Terbaru, pasukan bomba dan penyelamat menggunakan kaedah buih (foam) untuk memadam kebakaran membabitkan sisa pembuangan tayar terpakai di kawasan tapak pelupusan sampah berkenaan.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, operasi disertai anggota 59 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Kota Kinabalu, Lintas, Penampang dan Ibu Pejabat JBPM Sabah.

Katanya operasi turut dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Rela.

“Operasi pemadaman hari ini dan semalam menggunakan peralatan Fix Monitor Fire Fighting bersama jentera High Performance Pump Module (HPPM) dengan mengambil sumber air terbuka selain kaedah pemadaman menggunakan buih.

“Operasi pemadaman kebakaran dibahagikan kepada empat sektor iaitu sektor A, B, C dan D,” katanya semalam.

Menurutnya, bagi sektor A, sebanyak 90 peratus kebakaran berjaya dipadamkan manakala sektor B masih terbakar 100 peratus.

“Bagi sektor C, sebanyak 50 peratus api dipadamkan dan sektor D pula berjaya dipadamkan sebanyak 70 peratus.

“Kebakaran membabitkan sisa pembuangan tayar terpakai di tapak pelupusan sampah berkeluasan 45,700 meter persegi dan baki luas kebakaran adalah 25,000 meter persegi,” katanya.

Katanya lagi, maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews