fbpx

Lelaki warga Israel mengaku tidak bersalah

Kuala Lumpur: Lelaki warga Israel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan memiliki enam senjata api dan 158 butir peluru, bulan lalu.

Terdahulu, Shalom Avitan, 38, tiba di Kompleks Mahkamah di sini dengan kawalan ketat polis dan dijangka berdepan dua pertuduhan di bawah Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana memiliki senjata api dan Akta Imigresen 1959/1963.

Jika sabit kesalahan di bawah Akta Senjata Api, suspek boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan sebatan.

Pada 27 Mac lalu, lelaki itu ditahan di Jalan Ampang kerana memiliki enam senjata api dan 200 peluru.

Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan suspek akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu lebih 20 pengamal media berkumpul sejak 7.30 pagi bagi membuat liputan kes berkenaan.

Berita lanjut menyusul

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts