fbpx

Ribut petir, hujan lebat di tiga daerah di Johor – MetMalaysia

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga daerah di Johor.

Amaran itu membabitkan tiga daerah terbabit ialah Mersing, Kota Tinggi dan Johor Baharu.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm)/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Klang dan Banting, Selangor, serta Cheras, di sini, semakin baik apabila berada pada tahap sederhana hingga jam 8 pagi tadi.

Berdasarkan Sistem Pengurusan IPU, Jabatan Alam Sekitar, Klang mencatatkan bacaan 72, manakala Banting pula 87.

Sementara di Cheras, bacaan IPU adalah 81 dengan bacaan sederhana adalah pada kiraan 51 hingga 100.

Secara keseluruhan, tiada mana-mana kawasan merekodkan bacaan tidak sihat dengan bacaan dari 101 hingga 200 setakat pagi ini.

Sebanyak 40 kawasan berada pada tahap sederhana, manakala 14 bacaan IPU adalah baik, sementara empat kawasan tidak dapat mencatatkan sebarang bacaan.

Semalam, Klang, Banting dan Cheras mencatatkan IPU) tidak sihat dengan Banting mencatatkan bacaan IPU 158, Klang (153) dan Cheras (155).

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts