fbpx

PLUS sedia pelbagai kemudahan lancarkan perjalanan balik kampung

KUALA LUMPUR: Sebanyak 99 tandas mudah alih ditempatkan di 17 kawasan rehat dan rawat (R&R) serta hentian sebelah plaza tol terpilih bagi membantu melancarkan pergerakan orang ramai yang pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menyediakan pelbagai inisiatif bagi membantu melancarkan perjalanan pengguna pada waktu puncak sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri kali ini.

Antara langkah lain diambil, katanya, semua kemudahan awam seperti tandas, surau dan stesen minyak di kawasan rehat dibuka 24 jam.

“PLUS turut menempatkan anggota RELA di R&R, hentian sebelah dan plaza tol terpilih untuk pengurusan trafik.

“Selain itu, terdapat lebih 4,500 petugas dalam ekosistem lebuh raya yang bertugas untuk memberi bantuan selain 1,500 kakitangan yang bertugas membantu operasi di plaza tol.

“Lebih 1,000 lorong tol beroperasi sepanjang musim perayaan ini,” katanya.

PLUS turut memaklumkan, terdapat lebih 500 anggota rondaan PLUSRonda dan LPT2Ronda bertugas.

“PLUS turut menyediakan tempat letak kenderaan tambahan di 79 lokasi terpilih sepanjang lebuh raya.

“Lebih 50 kakitangan yang bertugas di Pusat Pemantauan Trafik (TMC) untuk menguruskan talian PLUSLine (1800-88-0000) dan menyelaras bantuan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts