fbpx

Tujuh negeri alami hujan lebat, ribut petir petang ini

Foto: Kosmo Online

KUALA LUMPUR: Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang diramal melanda tujuh negeri sehingga jam 5 petang ini.

Selain Limbang di Sarawak, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan, cuaca itu diramal membadai Kulim dan Bandar Baharu di Kedah selain kawasan Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang.

Di Perak, katanya, cuaca itu diramal di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim, manakala Selangor membabitkan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Kuala Langat.

“Di Johor pula, hujan lebat berserta ribut petir diramal di daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian manakala Sabah, ia dijangka melanda kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) bagi setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Orang ramai dinasihati untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts