fbpx

Sabah hidupkan semula Lembaga Padi dan Beras

Kota Kinabalu: Lembaga Padi dan Beras Sabah yang sudah lama dimansuhkan akan dihidupkan semula dalam usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan tahap sara diri beras.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, usaha menghidupkan semula agensi itu sudah dipersetujui Kabinet negeri sebagai sebahagian inisiatif meningkatkan pengeluaran makanan dan keterjaminan makanan negeri.

Beliau berkata, langkah itu penting memandangkan Sabah ketika ini terpaksa mengimport kira-kira 70 peratus daripada keperluan beras rakyat negeri ini.

“Sabah perlu meningkatkan tahap sara diri makanan dan kita dapat melakukannya dengan menghidupkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah.

“Kabinet negeri akan mengemukakan cadangan kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah untuk kelulusan bagi mewujudkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah seperti termaktub dalam Seksyen 3, Enakmen Lembaga Hasil Pertanian 1981,” katanya dalam satu kenyataan selepas mesyuarat pasca-Kabinet bagi Jabatan Ketua Menteri Sabah, di Menara Kinabalu, di sini, semalam.

Berdasarkan laporan sebelum ini, tahap sara diri pengeluaran padi dan beras di Sabah hanya mencapai 23 peratus menyebabkan sebahagian besar keperluan beras negeri ini bergantung kepada bekalan import.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts