fbpx

Lupakan episod duka di Ferrari – Vettel

LONDON: Sebastian Vettel berkata dia masih yakin dengan kemampuannya untuk meraih kejuaraan dunia Formula Satu (F1) sekali lagi selepas jentera baru Aston Martin diperkenalkan hari ini dan bakal kembali ke petak perlumbaan.

Vettel yang juga juara dunia empat kali ketika bersama Red Bull, melalui detik buruk bersama Ferrari selama enam musim dan menamatkan saingan di tempat ke-13 keseluruhan tahun lalu.

Pelumba Jerman berusia 33 tahun itu bersedia untuk membuka lembaran baru dalam kariernya bersama Aston Martin, iaitu jenama Britain yang kembali ke perlumbaan F1 buat kali pertama sejak 1960.

“Ia bukan lagi rahsia bahawa tahun lalu saya langsung tidak gembira. Saya tahu ia bukan standard saya, disebabkan itu saya kecewa tapi masih lagi tenang. Saya rasa mampu untuk muncul juara dunia sekali.

“Saya tidak terlalu berusia dan masih lagi mempunyai tempoh yang panjang,” katanya.

Vettel, yang berjaya meraih 53 kejuaraan Grand Prix (GP) hanya gagal untuk mengatasi rekod Michael Schumacher dan Lewis Hamilton saja berbanding jaguh F1 lain.

Bagaimanapun, dia masih lagi positif walaupun berpindah ke pasukan baru musim ini.

“Ia sangat berbeza berbanding di sini dan Ferrari kerana pasukan di sini sedang membesar.

“Ia bukan disebabkan ketrampilan dan kerusi empuk di pejabat tapi kerja-kerja belakang tabir. Apa yang saya lihat semua mereka sangat berbakat,” katanya,

Prinsipal pasukan, Otmar Szafnauer menyatakan ia bakal mengambil masa tiga hingga lima tahun untuk Aston Martin berada di kedudukan yang boleh mencabar kejuaraan dunia.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews