fbpx

Medvedev ‘dirasuk’ di Rotterdam

ROTTERDAM: Daniil Medvedev tersingkir di pusingan pertama Kejohanan ATP Rotterdam apabila kalah straight set kepada Dusan Lajovic dan mengecilkan peluangnya untuk memintas Rafael Nadal selaku pemain nombor dua dunia.

Sementara itu, Andy Rublev berjaya menumpaskan Andy Murray untuk mara ke peringkat 16 akhir.

Medvedev yang juga pemain nombor tiga dunia adalah pilihan utama bagi kejohanan minggu ini namun dia gagal meneruskan kecemerlangan selepas mara ke final Terbuka Australia baru-baru ini apabila kalah 7-6 (7/4), 6-4 dalam tempoh 90 minit.

Pemain kelahiran Russia itu membaling raketnya dalam keadaan marah selepas servisnya di patahkan pada permainan kesembilan di set kedua.

Dia juga berbalah dengan umpire dan dikenakan penalti pada set terakhir.

Semuanya serba tidak kena apabila aksi pemain berusia 25 tahun itu semakin merudum dengan melakukan lapan double fault dan 25 unforced error.

Lajovic akan berdepan Borna Coric di pusingan kedua dan kekalahan agak perit buat Medvedev kerana bakal memintas Nadal jika berjaya mara ke final.

“Saya rasa ia disebabkan kerana saya terlalu fokus dalam perlawanan dan tidak terpengaruh dengan servis serta pukulannya yang berkualiti.

“Saya tahu jika masih kekal dalam perlawanan, saya ada peluang dan menukar rentak,” kata Lajovic.

Juara Grand Slam tiga kali, Murray juga berasa kecewa selepas kalah 5-7, 2-6 kepada pilihan keempat dari Russia, Rublev.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews