fbpx

‘Saya lihat wajah adik seperti tidur’

KUALA LUMPUR: “Kira-kira jam 9 malam, seseorang yang memperkenalkan sebagai pegawai polis menghubungi saya gunakan telefon adik menyatakan adik sudah meninggal dunia,” kata Maslinawati Abdullah. Adik bongsunya, Nor Hayati Abdullah, 42, adalah seorang daripada dua mangsa maut dalam kejadian jambatan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang dalam pembinaan runtuh menimpa van pekerja dinaiki lima orang […]

Cemar air, udara: 2 kilang kitar semula plastik diarah henti operasi serta-merta

BUTTERWORTH: Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri mengarahkan dua kilang kitar semula di Kawasan Perusahaan Perai di sini menghentikan operasi serta-merta selepas didapati melakukan pencemaran air dan udara. Pengarah JAS negeri, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, kedua-dua kilang berasaskan plastik itu diserbu dalam operasi pihaknya semalam hasil aduan orang awam yang terganggu dengan operasi kilang tersebut […]

80,336 sudah terima vaksin COVID-19

KUALA LUMPUR: Seramai 80,336 individu sudah menerima vaksin dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, setakat semalam. Perkara itu dimaklumkan Menteri Penyelaras program itu, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, menerusi ciapan dalam akaun Twitter rasmi beliau, hari ini. Berdasarkan maklumat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) setakat jam 11.59 […]

Tragedi SUKE: Pemandu treler positif dadah

KUALA LUMPUR: Pemandu treler yang melanggar perancah besi pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Desa Tun Razak, di sini, semalam, didapati positif dadah. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata suspek berusia 40 tahun didapati positif methamphetamine selepas ujian saringan air kencing di Ibu Pejabat […]

MySejahtera tambah baik pendaftaran vaksin

KUALA LUMPUR: Individu yang mendaftar untuk pengambilan vaksin COVID-19 melalui MySejahtera, perlu menunggu sehingga paparan pendaftaran mereka disahkan di aplikasi terbabit. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata MySejahtera sudah menambah baik ‘user interface’ (UI) aplikasi terbabit dengan memaparkan proses pendaftaran pengambilan vaksin. “MySejahtera menambah baik UI bagi memaklumkan proses pendaftaran (vaksin). Tunggu sehingga […]

Roket SpaceX meletup selepas pendaratan

WASHINGTON: Sebuah roket SpaceX tanpa pemandu meletup di tanah semalam selepas melakukan penerbangan dan pendaratan yang kelihatan berjaya. Ini adalah kegagalan ketiga berturut-turut yang membabitkan prototaip roket Starship, yang diharapkan SpaceX suatu hari nanti akan dihantar ke Marikh. Dua ujian penerbangan terakhir berakhir dalam kemalangan. “Pendaratan yang baik,” kata pengulas SpaceX dalam siaran langsung penerbangan […]

Kwiknews