KUALA LUMPUR: Aksi hangat Piala Sultan Ahmad Shah antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menerusi satu video di Facebook Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Muhyiddin mengucapkan selamat maju jaya buat kedua-dua pasukan itu.
“Saya juga nak mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pasukan yang terbabit dalam Liga Super dan Liga Perdana yang akan bermula Sabtu ini.
Selain itu, Perdana Menteri turut memberi harapan kepada penyokong untuk hadir ke stadium sekiranya kes penularan COVID-19 berjaya diturunkan pada masa akan datang.
“Mungkin juga di masa akan datang apabila keadaan mengizinkan, maka kita bolehlah membenarkan kehadiran penonton di stadium. Mungkin secara berskala kecil atau berperingkat jika kes COVID-19 dapat kita turunkan.
“Ini bagi saya amat penting supaya sukan bola sepak yang merupakan sukan nombor satu di negara kita ini kembali semula gemilang dan penonton akan dapat terbabit sama meraikan permainan bola sepak yang menjadi satu kebanggaan bagi kita semua,” katanya.
Sumber: Berita Harian