fbpx

Polis tahan lelaki bantu siasatan kes kematian Nik Khatijah

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki semalam bagi membantu siasatan kes bunuh Pengurus Jabatan Advokasi Pertubuhan IKRAM Malaysia, Nik Khatijah Nik Mud yang ditemui mati dengan kesan jerut pada lehernya di sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, berkata lelaki berusia 57 tahun itu ditangkap di sekitar Kajang, jam 8.45 malam tadi.

“Suspek akan direman pagi ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan dilaporkan berkata penemuan mayat mangsa pada jam 9 pagi semalam dimaklumkan kepada polis oleh seorang lelaki melalui panggilan MERS 999 ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Nik Khatijah, 32, adalah bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang berkhidmat di Ibu Pejabat IKRAM sejak 2013 sebagai eksekutif Jabatan Wanita dan kini sebagai Pengurus Jabatan Advokasi.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts