fbpx

Rugi RM15,915 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud

KUANTAN: Hasrat seorang eksekutif teknologi maklumat di Bentong untuk mendapat keuntungan selepas menyertai satu pelaburan tidak kesampaian malah kerugian RM15,915, Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata kejadian bermula apabila mangsa lelaki berusia 30 tahun mengenali suspek di Facebook.

“Selepas mengadakan perbincangan dengan suspek, mangsa bersetuju menyertai pelaburan yang ditawarkan sebelum memasukkan wang bagi tujuan itu.

“Mangsa memasukkan wang berjumlah RM15,915 ke dalam dua akaun bank yang diberi suspek menerusi lapan transaksi,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Mohd Wazir berkata, bagaimanapun sehingga kini mangsa tidak menerima pulangan pelaburan seperti yang dijanjikan oleh suspek.

“Mangsa yang menyedari dirinya ditipu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, semalam.

“Modus operandi suspek adalah dengan menawarkan pelaburan tidak wujud sehingga mengalami kerugian sejumlah wang,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts