fbpx

Chadwick Boseman antara calon Pelakon Lelaki Terbaik, Oscars 2021

Los Angeles: Selepas ditunda akibat pandemik Covid-19, pihak Academy akhirnya mengumumkan senarai pencalonan bagi acara Academy Awards atau Oscars 2021, semalam.

Pengumuman pencalonan itu dibuat oleh pasangan suami isteri terkenal, Nick Jonas dan Priyanka Chopra.

Pencalonan menyaksikan penyertaan pelbagai filem antaranya Minari, Mank, Nomadland, Judah and the Black Messiah, dan The Trial of the Chicago 7.

MENGIKUT jejak langkah Parasite, filem yang menceritakan budaya Korea Selatan, Minari sekali lagi menjadi antara karya mengungguli senarai pencalonan Academy Awards tahun ini.

Filem-filem yang masuk pencalonan pada tahun ini juga berasal dari karya original penstriman seperti Netflix dan Amazon Studios.

Academy Awards ke-93 akan berlangsung secara langsung dari pelbagai lokasi, termasuk di Dolby Theatre, pada 25 April depan. 

Mengikut perancangan awal, acara Academy Awards ini sepatutnya berlangsung pada 28 Februari lalu.

“Kami bertekad mempersembahkan Academy Awards yang tiada duanya, dengan tetap mementingkan kesihatan dan keselamatan awam. 

“Kami juga menyesuaikan penganjuran ini dengan syarat-syarat ditetapkan ketika pandemik,” kata jurucakap Academy seperti dipetik  Variety.

Mendiang Chadwick Boseman turut dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Ma Rainey’s Black Bottom dan bersaing dengan beberapa calon lain.

BIARPUN sudah tiada di dunia, Boseman terus diingati apabila buat pertama kali menerima pencalonan Pelakon Lelaki Terbaik hasil lakonan berkesan dalam filem Ma Rainey’s Black Bottom.

Manakala heroin cerita itu, Viola Davis dicalonkan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik bersama empat calon lain.

Filem terbabit juga dicalonkan dalam tiga kategori lain iaitu Rekabentuk Produksi Terbaik, Solekan Dan Dandanan Rambut Terbaik dan Rekabentuk Kostum Terbaik

Senarai pencalonan utama Academy Awards ke-93:

Filem Terbaik
The Father
Judas and the Black Messiah
Mank
Minari
Nomadland
Promising Young Woman
Sound of Metal
The Trial of the Chicago 7

Pengarah Terbaik
Thomas Vinterberg (Another Round)
David Fincher (Mank)
Lee Isaac Chung (Minari)
Chloé Zhao (Nomadland)
Emerald Fennell (Promising Young Woman)

Pelakon Lelaki Terbaik
Riz Ahmed (Sound of Metal)
Chadwick Boseman (Ma Rainey’s Black Bottom)
Anthony Hopkins (The Father)
Gary Oldman (Mank)
Steven Yeun (Minari)

Pelakon Wanita Terbaik
Viola Davis (Ma Rainey’s Black Bottom)
Andra Day (The United States v. Billie Holiday)
Vanessa Kirby (Pieces of a Woman)
Frances McDormand (Nomadland)
Carey Mulligan (Promising Young Woman)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Sacha Baron Cohen (The Trial of the Chicago 7)
Daniel Kaluuya (Judas and the Black Messiah)
Leslie Odom Jr. (One Night in Miami)
Paul Raci (Sound of Metal)
Lakeith Stanfield (Judas and the Black Messiah)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Maria Bakalova (Borat Subsequent Moviefilm)
Glenn Close (Hillbilly Elegy)
Olivia Colman (The Father)
Amanda Seyfried (Mank)
Yuh-jung Youn (Minari)

Filem Animasi Terbaik
Onward (Pixar)
Over the Moon (Netflix)
A Shaun the Sheep Movie: Farmageddon (Netflix)
Soul (Pixar)
Wolfwalkers (Apple TV Plus/GKIDS)

Lagu Original Terbaik
Fight for You (Judas and the Black Messiah)
Hear My Voice (The Trial of the Chicago 7)
Húsavík (Eurovision Song Contest)
Io Si (Seen) (The Life Ahead).
Speak Now (One Night in Miami)

Skor Original Terbaik
Da 5 Bloods, Terence Blanchard
Mank, Trent Reznor, Atticus Ross
Minari, Emile Mosseri
News of the World, James Newton Howard
Soul, Trent Reznor, Atticus Ross, Jon Batiste

Sinematografi Terbaik
Judas and the Black Messiah, Sean Bobbitt
Mank, Erik Messerschmidt
News of the World, Dariusz Wolski
Nomadland, Joshua James Richards
The Trial of the Chicago 7, Phedon Papamichael

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts