fbpx

Messi cipta rekod lagi

MADRID: Lionel Messi meledak dua gol cantik pada malam dia menyamai rekod penampilan terbanyak Xavi Hernandez ketika membantu Barcelona menewaskan Huesca 4-1 dalam aksi La Liga pagi tadi.

Penyerang Argentina itu kini terikat dengan  Xavi beraksi 767 perlawanan buat Barcelona dalam semua pertandingan.

Dia meraikan detik bersejarah itu dengan jaringan hebat menerusi rembatan lencong pada babak pertama dan tendangan rendah pada lewat permainan di Camp Nou.

“Messi pemain paling penting dalam sejarah Barcelona. Apa yang bagusnya, dia masih bersama kami,” kata jurulatih Barca, Ronald Koeman.

LIONEL Messi (tengah) meledak gol Barcelona ketika menentang Huesca dalam aksi La Liga.

Prestasi Messi menyerlahkan semua elemen genius pemain berusia 33 tahun itu. Dia berada dalam kelas tersendiri dan meledak gol yang dianggap paling menarik musim ini.

“Dia sangat cemerlang. Mereka seolah-olah beraksi dengan tambahan seorang pemain,” kata penyerang Huesca, Rafa Mir.

Kemenangan itu membolehkan Barcelona memintas Real Madrid di tangga kedua liga dab hanya empat mata di belakang pendahulu, Atletico Madrid.

Mereka kini menang 11, seri sekali dalam 12 perlawanan terakhir, sekali gus menghambat Atletico yang akan ditemui di tempat sendiri pada Mei. – AFP

Sumber: Utusan Online

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts