fbpx

Katy Perry, NCT Dream hangatkan Konsert Lazada Super Party

KUALA LUMPUR: Platform e-dagang terkemuka Asia Tenggara, Lazada mengumumkan senarai bintang terkemuka yang membarisi konsert maya sempena sambutan ulang tahun kesembilan, Lazada Super Party yang akan disiarkan secara langsung ke enam negara, Jumaat ini.

Penyanyi antarabangsa, Katy Perry dan kumpulan remaja ‘No 1’ Korea, NCT Dream bakal tampil sebagai bintang utama konsert Lazada Super Party.

Konsert yang padat dengan aktiviti membeli-belah sambil berhibur itu turut menampilkan bintang popular tempatan seperti Haqiem Rusli, Ismail Izzani, Misha Omar dan ramai lagi.

Pengguna akan dihiburkan dengan pelbagai persembahan menarik sambil menanti detik bermulanya acara Lazada Surprise Birthday Sale atau jualan mengejut yang akan bermula pada tengah malam, Jumaat ini.

Pengguna di Malaysia boleh mengikuti konsert eksklusif Super Party melalui saluran penstriman secara langsung dalam aplikasi LazLive milik Lazada serta di rangkaian penyiaran tempatan Astro Ria, TV3 dan platform media sosial.

Konsert bertemakan ‘Everyday Heroes’ ini bukan sahaja menghargai jasa petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus bekerja, malah mengetengahkan pengorbanan individu dalam masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lazada, Chun Li berkata, Lazada berkembang menjadi platform e-dagang yang mantap kerana sokongan padu dan keyakinan penjual, jenama, pelanggan dan rakan kongsi.

“Sambil kita meraikan ulang tahun kesembilan Lazada, kami ingin mengiktiraf impak positif yang dilakukan setiap individu dalam komuniti kita.

“Kami amat berbesar hati kerana dapat terus menetapkan penanda aras bagi industri e-dagang dengan memacu usahawan serta jenama ke hadapan di dalam perjalanan transformasi digital mereka.

“Kami juga memberi perkhidmatan kepada pengguna dengan menyediakan pengalaman beli-belah yang serba mudah dan selamat,” katanya.

Konsert Lazada Super Party yang padat dengan aktiviti membeli-belah sambil berhibur menampilkan penyanyi popular, Misha Omar, Haqiem Rusli, Ismail Izzani dan ramai lagi. - Foto TV3
Konsert Lazada Super Party yang padat dengan aktiviti membeli-belah sambil berhibur menampilkan penyanyi popular, Misha Omar, Haqiem Rusli, Ismail Izzani dan ramai lagi. – Foto TV3

Sementara itu, Perry dalam kenyataannya tidak sabar ‘bertemu’ peminat yang menyokong karier seninya selama ini.

“Terima kasih kerana menyokong dan menyayangi saya selama ini.

“Saya tidak sabar bertemu dengan anda bagi menyebarkan sedikit sinar bahagia, rasa cinta dan kegembiraan agar semua orang dapat menyanyi bersama biarpun kita terpisah secara fizikal.

“Saya berharap semoga Lazada dapat membantu semua pelanggan yang memerlukan dan semua orang bersikap positif dalam mengharungi kehidupan,” katanya.

Antara lain, Lazada Super Party menawarkan ‘hujan baucar’ bernilai sehingga RM100,000 untuk direbut dan hadiah eksklusif sebagai permulaan kepada Lazada Surprise Birthday Sale yang boleh digunakan, Sabtu ini.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts