fbpx

Kylie pertahan diri, beri penjelasan

Los Angeles: Beberapa jam lalu, bintang realiti dan ahli perniagaan, Kylie Jenner membalas kecaman netizen terhadapnya menerusi Instagram Story.

Kylie membalas kecaman yang dilemparkan kepadanya selepas memulakan kutipan derma menerusi saluran Go Fund Me bagi membiayai kos pembedahan otak jurusolek dan rakan baiknya, Samuel Rauda seperti yang dilaporkan Harian Metro, semalam.

 
A screenshot of Kylie Jenner's Instagram Story where she shared Samuel Rauda's GoFundMe

 

Dalam komen balasnya itu, Kylie menjelaskan situasi sebenar yang berlaku dan kenapa dia hanya mendermakan USD5,000 (RM20,567) dalam tabung derma itu.

“Saya rasa, penting untuk saya menjernihkan keadaan apabila ada yang mengatakan saya meminta peminat untuk menderma dan membiayai bil perubatan jurusolek saya.

“Sam (Samuel) bukanlah jurusolek saya dan kami tidak ada sebarang ikatan lagi. Namun, saya pernah bekerjasama dengannya beberapa tahun lalu dan saya rasa dia antara yang terbaik,” tulisnya.

Menurut Jenner, dia sendiri mendapat tahu mengenai kemalangan yang dialami Rauda melalui jurusolek yang kini bekerja untuknya, Ariel.

“Apabila melihat hantaran Ariel mengenai kemalangan yang membabitkan Sam dan Go Fund Me yang dibuat keluarganya, saya terus menghubungi Ariel untuk bertanya apa yang berlaku.

“Selepas dimaklumkan dengan lebih mendalam mengenai kemalangan itu, saya terus ke laman Go Fund Me itu dan saya lihat, mereka meletakkan sasaran kutipan derma sebanyak USD10,000 (RM41,135).

“Ketika itu, mereka dah berjaya mengutip sebanyak USD6,000 (RM24,681), jadi saya tambah lgi USD5,000 (RM20,567) untuk mencukupkannya,” tulisnya.

A screenshot of Kylie Jenner's Instagram Story clarifying details surrounding when she shared Samuel Rauda's GoFundMe

Namun, dia tidak terfikir bahawa tindakannya berkongsi mengenai perkara itu di media sosialnya mengundang salah faham dalam kalangan netizen.

“Saya fikir, bila saya kongsikan di media sosial, saya dapat membantu kalau ada sesiapa yang ingin menyumbangkan sumbangan.

“Saya tak tahu pula tindakan saya itu diputar belit, tapi, apa yang Ariel beritahu, keluarga Sam ada menghubunginya dan menghargai segala sumbangan, doa dan kasih sayang buat Sam,” tulisnya.

A screenshot of Kylie Jenner's Instagram Story further clarifying details surrounding when she shared Samuel Rauda's GoFundMe

Isu ini timbul pada 18 Mac lalu apabila Jenner memuat naik gambar Rauda dan menulis kapsyen yang memohon supaya peminat mendermakan sumbangan buat jurusolek itu.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts