fbpx

Tiga lelaki bersama rokok seludup bernilai RM351,620 ditahan

TIGA lelaki yang ditahan kerana memiliki rokok seludup bernilai RM351,620 di Jalan Jaya Putra, Johor Bahru, Johor.

JOHOR BAHRU: Tiga pengedar rokok seludup ditahan polis bersama sejumlah RM351,620 rokok tersebut dalam operasi di sebuah premis di Jalan Jaya Putra, di sini semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5, Pasukan Gerakan Am, Superintenden Dimin Awang berkata, ketiga-tiga suspek yang ditahan berusia antara 38 tahun hingga 45 tahun.

Jelas beliau, rokok seludup yang dirampas itu berjenama ‘Manchester Royal Red’.

“Sepasukan polis menahan kesemua mereka dalam satu operasi yang dijalankan di sebuah premis pada pukul 11.20 pagi, semalam.

“Selain 1,700 karton rokok seludup bernilai RM351,620, turut dirampas sebuah kenderaan jenis Honda City yang dipercayai digunakan suspek untuk mengedar rokok seludup itu di sekitar bandar raya ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967 manakala siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sumber: UTUSAN ONLINE

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts