fbpx

Ever Given berjaya diapungkan semula

KAHERAH: Kapal kontena, Ever Given, yang sebelum ini merintangi Terusan Suez dan menghalang pergerakan di situ, kini sudah diapungkan semula, lapor agensi berita Sputnik yang memetik penyedia perkhidmatan maritim Inchcape Shipping.

“Kapal MV Ever Given berjaya diapungkan pada jam 4.30 pagi

(29 Mac 2021),” kata Inchcape menerusi Twitter pada pagi Isnin.

Menurutnya, sebarang maklumat lanjut akan diumumkan kemudian.

Kapal sepanjang 400 meter yang dalam perjalanan dari China ke Belanda itu sebelum ini tersekat dalam keadaan melintang di Terusan Suez, sejak Selasa lalu.

Sebelum ini, pihak berkuasa terusan melakukan pelbagai usaha bagi membolehkan kapal berkenaan diapungkan semula.

Kejadian menyebabkan kesesakan trafik sepanjang 65 kilometer dari pintu masuk selatan terusan berkenaan di Laut Merah.

Osama Rabie, ketua kepada Pihak Berkuasa Terusan Suez pada Ahad berkata, 369 kapal menanti untuk menggunakan laluan berkenaan.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts