fbpx

Kalah angkara makan banyak

BRUSSELS: Pelumba pilihan, Sam Bennett mengakui dia sudah merosakkan resipi kemenangannya dalam perlumbaan klasik Gent-Wevelgem selepas makan terlalu banyak.

Pelumba pecut Ireland itu yang berada dalam prestasi terbaik bermula di garisan permulaan dengan mencatat lima kemenangan musim ini.

Dia yang berusia 30 tahun memenangi dua peringkat di kedua-dua perlumbaan Paris-Nice dan Tour UAE sebelum meraih kejayaan di klasik Bruges-La Panne.

Ketika 15 kilometer sebelum menuju ke garisan penamat dia terlanggar dinding, ketinggalan di tempat ke-55 di belakang Wout van Aert dari Jumbo Visma.

“Saya membuat kesilapan bodoh, makan terlalu banyak. Saya sebenarnya mahu mengisi perut agar memperoleh banyak tenaga. Akhirnya ia berlebihan.

“Ia bukan satu langkah yang bijak. Kombinasi antara asid laktik dan perut yang penuh membuatkan saya muntah,” kata pelumba Deceuninck Quick-Step itu.

Bennett mengakui bahawa dia kehilangan tenaga dan ketika 15 kilometer terakhir impiannya musnah.

Berada di tempat kedua di belakang Van Aert ialah pelumba Team Qhubeka Assos, Giacomo Nizzolo dan kedudukan ketiga diraih Matteo Trentin dari UAE Team Emirates.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts