fbpx

Priyanka Chopra mengaku bedah hidung

PELAKON terkenal Priyanka Chopra akhirnya membuat pengakuan pernah menjalani pembedahan plastik untuk mengubah struktur dan bentuk hidungnya ketika berusia 19 tahun.

Bagaimanapun, pembedahan tersebut dianggap gagal kerana menyebabkan hidungnya kelihatan tidak cantik sehingga menjadi bahan ejekan orang ramai.

Priyanka, 38, mendedahkan perkara tersebut dalam bukunya berjudul Unfinished. Menurutnya, dia melakukan pembedahan  pertama selepas disahkan ada ketumbuhan di dalam rongga hidungnya.

Bagaimanapun, berlaku kesilapan ketika proses pembedahan sehingga menyebabkan hidungnya kelihatan mendatar dan bukan Priyanka yang sebenar.

“Hidung saya kelihatan sangat pelik sehingga menyebabkan wajah saya nampak lebih hodoh daripada sebelumnya,” ujar pelakon itu.

Sumber: KOSMO!

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts