fbpx

The Rock tak ‘puas hati’ Putera William menang

Bintang Hollywood, Dwayne Johnson atau The Rock tidak ‘berpuas hati’ apabila Google memilih kerabat diraja Britain, Putera William, 39, di tangga pertama senarai Lelaki Botak Paling Seksi Di Dunia, tahun ini.

Pelakon filem Jumanji itu memuat naik status di Twitter dan secara bergurau mengatakan dia mahu undian semula dilakukan pihak penganjur berikutan keputusan yang tidak boleh diterimanya itu.

“Bagaimana ia boleh berlaku. Saya mahu undian dikira semula,” tulisnya sambil disertakan emoji senyuman.

Dalam senarai yang dikeluarkan itu, Putera William dipilih sebagai juara carta yang ditentukan menerusi jumlah carian terbanyak mengenai lelaki berimej botak di enjin carian Google.

Untuk tahun lalu saja, sebanyak 17.6 juta carian nama Putera William dicari pengguna Internet.

Legenda tinju dunia, Mike Tyson berada di tempat kedua diikuti pelakon Jason Statham di tempat ketiga, penyanyi Pitbull (4), bintang bola keranjang, Michael Jordan (5), bekas bintang tinju, Floyd Mayweather (6), pelakon John Travolta (7) dan Bruce Willis (8).

Johnson pula sekadar menduduki tempat kesembilan di depan pelakon Fast & Furious, Vin Diesel.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts