fbpx

‘Jerman amat memalukan’

DUISBURG, Jerman: Persembahan Jerman amat ‘memalukan’ selepas tumpas 1-2 kepada Macedonia Utara di laman sendiri pagi tadi, iaitu kekalahan pertama mereka dalam tempoh 20 tahun pada kelayakan Piala Dunia.

“Ia amat mengecewakan. Sesuatu yang memalukan. Banyak kesilapan dan kami tidak jumpa cara memecahkan pertahanan Macedonia Utara.

“Kami juga membenarkan lawan melakukan serangan balas pantas dan tidak mengawal perlawanan,” kata jurulatih Jerman, Joachim Loew.

Jaringan pemain tengah Napoli, Eljif Elmas lima minit sebelum tamat permainan menjadi pemusnah Jerman.

Terdahulu, tuan rumah dikejutkan dengan pembukaan pemain berusia 37 tahun, Goran Pandev di awal permainan, sebelum Ilkay Gundogan menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti.

‘Amat memalukan!’ tajuk utama akhbar harian Jerman, Bild dalam laman web mereka.

‘Kejutan yang teruk’ tulis akhbar bola sepak Kicker, manakala akhbar berpangkalan di Frankfurt, FAZ mengeluarkan tajuk ‘Kejutan kasar buat pasukan Jerman.’

Juara empat kali itu tidak pernah gagal layak ke Piala Dunia, namun tidak beraksi pada edisi sulung 1930 dan diharamkan pada 1950.

Skuad kendalian Loew kini berada di tempat ketiga Kumpulan J, tiga mata di belakang pendahulu, Armenia dan di belakang Macedonia Utara berdasarkan perbezaan gol.

“Perkara ini sepatutnya tidak boleh dibenarkan berlaku.

“Saya rasa Macedonia Utara hanya dua kali mendekati gol kami dan menjaringkan dua gol. Ia terlalu mudah,” kata kapten, Gundogan.

Ini kekalahan pertama Jerman dalam kelayakan Piala Dunia sejak dibelasah England 5-1 pada 2001. – AFP

Sumber: UTUSAN ONLINE

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts